PUNCA KONFLIK


Konflik berlaku dipengaruhi oleh beberapa sebab. Punca konflik akan timbul apabila terdapat percanggahan atau perbezaan dalam kepeluan, persepsi, kuasa, nilai dan perasaan serta emosi. Perkara-perkara seperti ini boleh merenggangkan hubungan dalam organisasi, keluarga, kumpulan atau masyarakat. Punca konflik secara umumnya:-

Keperluan

-          Keperluan merupakan perkara asas yang diperlukan dalam kehidupan. Konflik akan mula timbul apabila berlaku pengabaian dalam memenuhi keperluan orang lain, diri sendiri atau kumpulan.

Persepsi

-          Realiti yang ditafsirkan orang adalah berbeza-beza sehingga boleh menimbulkan pencanggahan sebab dan akibat suatu pemasalahan.

Kuasa

-          Konflik timbul apabila seseorang cuba membuat perubahan terhadap tindakan untuk menambahkan kelebihan yang tidak adil.

Nilai

-          Perbezaan kepercayaan dan pegangan hidup satu pihak yang tidak boleh diterima dengan terbuka oleh pihak satu lagi.

Perasaan dan emosi

-          Membiarkan perasaan dan emosi menjadi pengaruh besar melebihi masalah yang dihadapi. Apabila menghadapi sesuatu masalah, seseorang cenderung menggunakan emosi untuk menyelesaikannya.

Punca konflik dalam organisasi

  • Persaingan sumber yang terhad untuk merebut peluang yang ada merebut pengagihan sumber-sumber seperti jawatan, kewangan, keperluan pejabat untuk memenuhi kehendak masing-masing.
  • Persandaran tugas yang memerlukan kerjasama antara dua pihak untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Ketidaksefahaman dalam komunikasi akhirnya tidak membuahkan hasil kerja yang efektif dan bermutu.
  • Ketidakjelasan tanggungjawab dan kuasa berlaku apabila seseorang pekerja masih samar dengan kejanya dan mengharapkan orang lain menyelesaikan tugasan tersebut. Penyalahgunaan kuasa orang atasan yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam pembahagian tugas juga mencetuskan konflik.
  • Kekurangan maklumat adalah akibat komunikasi lemah antara individu. Pengurusan maklumat yang tidak jelas akan menyukarkan kerja menjejaskan mutu kerja tersebut.
  • Matlamat yang berbeza terjadi kerana setiap individu atau kumpulan mempunyai pemikiran yang berbeza. Kadangkala perubahan yang diinginkan tidak mendapat persetujuan daripada semua pihak.

Punca konflik di tempat kerja

  • Kesalah fahaman ketika komunikasi iaitu merangkumi cara berbual dan tingkah laku. Mungkin maksud yang ingin disampaikan adalah berlainan daripada perkara yang didengar. Tingkah laku juga menjadi tumpuan rakan sekerja kerana bukan setiap orang menyukai perkara dibuat.
  • Perbezaan individu dari segi kepentingan, nilai dan pengalaman. Setiap orang mempunyai watak dan cerita yang berbeza. Kadangkala terdapat rakan sekerja yang tidak dapat menerima ciri-ciri yang terdapat pada orang lain.
  • Pekerjaan yang berkaitan dengan jenis pekerjaan, pembahagian tugas, kemudahan tempat kerja. Apabila seseorang lebih mendapat perhatian daripada pihak atasan akan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan staf yang lain.

Punca konflik dalam keluarga

  • Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama dalam konflik keluarga. Sumber pendapatan yang rendah tidak mampu menampung jumlah ahli keluarga yang ramai. Keperluan dalam keluarga juga tidak dapat dipenuhi sepenuhnya mungkin menyebabkan anak-anak memberontak.
  • Kekurangan kasih sayang dalam keluarga disebabkan oleh kesibukan ibu bapa dalam pekerjaan. Anak-anak akan terabai dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Anak-anak akan mudah terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang kurang sihat dan menghancurkan masa depan mereka.
  • Masalah emosi akibat tekanan di tempat kerja yang dialami oleh ibu bapa terbawa-bawa hingga ke rumah. Anak-anak akan menjadi bahan atau tempat mereka melepaskan amarah dan bebanan apabila apabila arahan mereka diingkari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

December 2014
M T W T F S S
« Oct    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: