K.O.N.F.L.I.K?

October 3, 2009 rakansiswa01

images (1)Konflik boleh ditakrifkan sebagai ketidak setujuan (disagreement) diantara dua pihak atau kumpulan mengenai sesuatu perkara yang mempunyai kepentigan bersama di kedua-dua belah pihak (issue of mutual interest). Perkataan konflik  berasal dari kata kerja Latin, configure yang bermaksud saling memukul. Dari sudut sosiologis pula, koflik bermaksud suatu proses sosial antara dua orang atau lebih, boleh jugak dalam sesuatu kumpulan di mana salah satu pihak berusaha menyingkirkan pihak yang lain. Konflik berlaku disebabkan perbezaan pendapat oleh individu dalam interaksi. Perbezaan tersebut antaranya ialah berkaitan dengan fizikal, kepandaian, pengetahuan, adat dan budaya, keyakinan, agama dan sebagainya. Konflik yang dapat ditangani dengan baik boleh memberi banyak kebaikan sebaliknya konflik yang tidak diselesaikan dengan baik akan membawa pelbagai keburukan.

Teori Konflik bermula daripada pandangan asal Karl Marx dan diikuti oleh Weber.  Oleh itu teori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu aliran Marx dan aliran Weber.
Mengikut Marx konflik bukan semata-mata sebagai satu cara analisa sosiologi tetapi merupakan satu cara reformasi sosial.   Ketegangan dan konflik akan menyumbang kepada perubahan sosial.Max Weber pula merupakan seorang rakyat Jerman.  Beliau adalah sosiologis, ekonomi, sejarawan, ahli undangan, ahli falsafah.  Dipengaruhi oleh Karl Marx tetapi menolak konsep Marx.  Contohnya menolak konsep materialisme sejarah Marx.  Menganggap agama penting sebagai agen perubahan.  Tidak setuju dengan revolusi dan mengkritik sosiolisme.  Beliau mempersoalkan andaian Marx yang mengatakan ciri-ciri semua institusi sosial adalah berpunca oleh faktor ekonomi. Menurut pandangan teori ini masyarakat berada dalam keadaan berubah-ubah, berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing.  Kumpulan yang kuat atau lebih berkuasa boleh memaksa kumpulan yang lemah untuk menerima nilai-nilainya.  Mengikut teori ini terdapat tiga perkara penting yang berlaku dalam masyarakat iaitu konflik, perubahan dan paksaan.

Entry Filed under: Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Pages

Categories

Calendar

October 2009
M T W T F S S
     
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
 
%d bloggers like this: