SITUASI DAN PENYELESAIAN

Situasi 1

CUBAAN BUNUH DIRI PELAJAR 15 TAHUN

Angkara Bercinta seorang Pelajar Sanggup cuba membunuh diri kerana kekasihnya meminta hubunganya diputuskan. Kejadian ini dilaporkan oleh akhbar Harian Metro. Tindakan Nekad Pelajar itu dilakukan di Lorong Haji Da, Jalan Sultan Mahmud,Kuala Terengganu. Orang kampung juga dikatakan gagal memujuk pelajar ini. Namun, ketangkasan Pihak Polis membolehkan pelajar ini diselamatkan apabila dia ditahan keran cuba membunuh diri. Masa yang diambil pihak polis untuk memujuk pelajar ini ialah lebih kurang 45 minit. Tindakan yang diambil oleh pelajar ini benar-benar mengejutkan penulis, penulis juga percaya pembaca blog ini juga terkejut dengan tindakan pelajar terbabit. Sebenarnya dalam usia seawal lima belas tahun, fikirannya masih belum matang dan tidak sesuai untuk bercinta kerana ia akan menyebabkan berlakunya tindakan luar kawal sepertimana kejadian ini. Remaja yang usianya baru 15 tahun tidak dapat membuat keputusan yang bijak dan lazimnya keputusan yang dibuat adalah berdasarkan emosi bukan berdasarkan fikiran yang waras.

Pelajar tersebut tidak sepatutnya dipersalahkan kerana beliau masih belum faham lagi apa itu ‘gelora cinta’ dan apakah ia “Pengorbanan Cinta” dan secara tulus beliau juga tidak faham apakah ertinya percintaan. Cinta seawal usia belia boleh dianggap “Cinta Monyet”yang penuh dengan harapan palsu namun dia telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap cinta itu. Ibu-bapa sepatutnya mengambil peranan sebagai pembimbing kepada remaja tersebut dengan menasihatinya, perlu ingat menasihatinya bukan mengokongnya mahupun menghukumnya kerana ia akan merumitkan lagi keadaan jiwa seorang yang berstatus remaja.  Pelajar itu juga sepatutnya sebelum membuat keputusan beliau boleh juga mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor berbayar ataupun Kaunselor yang sedia berkhidmat di sekolahnya kerana kaunselor mempunyai altenatif bagi menangani permasalahan yang dialaminya. Selain itu, masyarakat setempat perlu menasihati remaja tersebut ketika beliau baru ‘terjun’ ke dalam bidang pencintaan yang penuh dengan harapan palsu itu. Dengan umur seawal lima belas tahun beliau sepatutnya diberikan didikan sempurna oleh keluarganya dan juga perlu diberi fahaman tentang erti kata cinta sebenarnya.

Situasi 2

PENSYARAH USIM DIKEHENDAKI MELETAK JAWATAN KERANA PELAJAR?

Gara-gara hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa ‘dipaksa’ meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti. Nor (bukan nama sebenar) memberitahu, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti dalam pemberian ‘markah kasihan’. “Bagaimana hendak memberi markah jika itu merupakan markah sebenar yang mereka peroleh. Malah saya sudah memberi markah yang boleh diberikan meskipun mereka (pelajar) tidak layak mendapatnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Ampang semalam. Menurut Nor, 35, pemberian markah itu melibatkan pelajar dua kursus berlainan semester dua sesi akademik 2007/2008 lepas.

Antara Cara Penyelesaian Konflik :-

a)      Kenal pasti punca konflik

b)      Denagar dahulu apa yang disampaikan oleh orang lain.

c)      Nyatakan apa yang dikehendaki dan mengapa anda marah ataupun beremosi.

d)      Janganlah salahkan orang lain.

e)      Tumpukan perhatian kepada tindakan penyebab konflik.

f)       Bertenang semasa menerangkan pendapat anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

December 2016
M T W T F S S
« Oct    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
 
%d bloggers like this: